Kamis, 28 April 2011

Orang Yang Tidak Rela Terhadap Sumpah Yang Menggunakan Nama Allah

Orang Yang Tidak Rela Terhadap Sumpah Yang Menggunakan Nama Allah
             
  


Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Janganlah kalian bersumpah dengan nama nenek moyang kalian! Barang siapa yang bersumpah dengan nama Allah, maka hendaknya ia jujur, dan barang siapa yang diberi sumpah dengan nama Allah maka hendaklah ia rela (menerimanya), barang siapa yang tidak rela menerima sumpah tersebut maka lepaslah ia dari Allah s.w.t." (HR. Ibnu Majah dengan sanad yang hasan).





Kandungan bab ini:



1-larangan bersumpah dengan menyebut nama nenek moyang.



2-Diperintahkan kepada orang yang diberi sumpah dengan menyebut nama Allah untuk rela menerimanya.



3-Ancaman bagi orang-orang yang tidak rela menerimanya.


Upaya Nabi SAW dalam menjaga tauhid

Upaya Rasulullah Dalam Menjaga Tauhid Dan Menutup Jalan Yang Menuju Kepada Kemusyrikan
             
  


Firman Allah s.w.t.:



            “Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) untukmu, amat belas kasihan lagi penyayang kepada orang orang mu'min.” (QS. At Taubah, 128).



            Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kubur, dan janganlah kalian jadikan kuburku sebagai tempat perayaan, ucapkanlah sholawat untukku, kerana sesungguhnya ucapan sholawat kalian akan sampai kepadaku dimana saja kalian berada" (HR. Abu Daud dengan sanad yang baik, dan para perowinya tsiqoh).



            Dalam hadis yang lain, Ali bin Al Husain r.a. menuturkan, bahawa ia melihat seseorang masuk kedalam celah-celah yang ada pada kubur Rasulullah s.a.w., kemudian berdo'a, maka ia pun melarangnya seraya berkata kepadanya: "Mahukah kamu aku beritahu sebuah hadis yang aku dengar dari bapaku dari kakekku dari Rasulullah s.a.w. , beliau bersabda:



            "Janganlah kalian jadikan kuburku sebagai tempat perayaan, dan janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kubur, dan ucapkanlah doa salam untukku, kerana doa salam kalian akan sampai kepadaku dari mana saja kalian berada"(diriwayatkan dalam kitab Al Mukhtarah).





Kandungan bab ini:



1-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah Al Baqarah[58].



2-Rasulullah s.a.w. telah memperingatkan umatnya dan berusaha dengan sungguh-sungguh dalam menjauhkan umatnya dari jalan yang menuju kepada kemusyrikan, serta menutup setiap jalan yang menjurus kepadanya.



3-Rasulullah s.a.w. sangat menginginkan keimanan dan keselamatan kita, dan amat belas kasihan lagi penyayang kepada kita.



4-Larangan Rasulullah s.a.w. untuk tidak menziarahi kuburnya dengan cara tertentu, [iaitu dengan menjadikannya sebagai tempat perayaan], padahal menziarahi kubur beliau termasuk amalan yang amat baik.



5-Rasulullah s.a.w. melarang seseorang banyak melakukan ziarah kubur.



6-Rasulullah s.a.w. menganjurkan untuk melakukan sholat sunnah di dalam rumah.



7-Satu hal yang sudah menjadi ketetapan dikalangan kaum salaf, bahawa menyampaikan sholawat untuk Nabi tidak perlu masuk di dalam kuburnya.



8-Alasannya kerana sholawat dan salam seseorang untuk beliau akan sampai kepada Beliau dimanapun ia berada, maka tidak perlu harus mendekat, sebagaimana yang diduga oleh sebahagian orang.



9-Nabi s.a.w. di alam barzakh, akan ditampakkan seluruh amalan umatnya yang berupa sholawat dan salam untuknya.


Ruqyah Dan Tamimah

Ruqyah Dan Tamimah
             
  


Diriwayatkan dalam shohih Bukhori dan Muslim bahawa Abu Basyir Al Anshori r.a. bahawa dia pernah bersama Rasulullah s.a.w. dalam suatu perjalanan, lalu beliau mengutus seorang utusan untuk menyampaikan pesanan:



            "Agar tidak terdapat lagi dileher unta kalung dari tali busur panah atau kalung apa pun harus diputuskan.



            Ibnu Mas'ud r.a. menuturkan: aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Sesungguhnya Ruqyah, Tamimah dan Tiwalah adalah syirik."(HR. Ahmad dan Abu Dawud)



            TAMIMAH adalah sesuatu yang dikalungkan di leher anak-anak untuk menangkal dan menolak penyakit 'ain. Jika yang dikalungkan itu berasal dari ayat-ayat Al Qur'an, sebahagian ulama salaf memberikan keringanan dalam hal ini; dan sebahagian yang lain tidak memperbolehkan dan melarangnya, diantaranya Ibnu Mas'ud r.a. [24].



            RUQYAH[25] iaitu: yang disebut juga dengan istilah Ajimat. Ini diperbolehkan apabila penggunaannya bersih dari hal hal syirik, kerana Rasulullah s.a.w. telah memberikan keringanan dalam hal ruqyah ini untuk mengubati 'ain atau sengatan kalajengking.



            TIWALAH adalah sesuatu yang dibuat dengan anggapan bahawa hal tersebut dapat menjadikan seorang isteri mencintai suaminya, atau seorang suami mencintai isterinya.



            Dalam hadis marfu' dari Abdullah bin 'Ukaim Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Barang siapa yang menggantungkan sesuatu (dengan anggapan bahawa barang tersebut bermanfaat atau dapat melindungi dirinya) maka Allah akan menjadikan orang tersebut selalu bergantung kepadanya." (HR. Ahmad dan At Turmudzi)



            Imam Ahmad meriwayatkan dari Ruwaifi' r.a. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya:



            "Hai Ruwaifi', semoga engkau berumur panjang, oleh kerana itu sampaikanlah kepada orang orang bahawa barang siapa yang menggulung janggutnya, atau memakai kalung dari tali busur panah, atau bersuci dari buang air dengan kotoran binatang atau tulang, maka sesungguhnya Muhmmad berlepas diri dari orang tersebut".



            Waki' meriwayatkan bahawa Said bin zubair r.a. berkata:



            "Barang siapa yang memotong tamimah dari seseorang maka tindakannya itu sama dengan memerdekakan seorang hamba."



            Dan waki' meriwayatkan pula bahawa Ibrahim (An Nakho'i) berkata: "mereka (para sahabat) membenci segala jenis tamimah, baik dari ayat ayat Al Qur'an mahupun bukan dari ayat ayat Al Qur'an."





Kandungan bab ini:



1-Pengertian ruqyah dan tamimah.



2-Pengertian tiwalah.



3-Ketiga hal diatas merupakan bentuk syirik dengan tanpa pengecualian.



4-Adapun ruqyah dengan menggunakan ayat ayat Al Qur'an atau do'a-do'a yang telah diajarkan oleh Rasulullah untuk mengubati penyakit 'ain, sengatan serangga atau yang lainnya, maka tidak termasuk syirik.



5-Jika tamimah itu terbuat dari ayat-ayat Al Qur'an, dalam hal ini para ulama berbeza pendapat, apakah termasuk ruqyah yang diperbolehkan atau tidak?



6-Mengalungkan tali busur panah pada leher binatang untuk mengusir penyakit 'ain, termasuk syirik juga.



7-Ancaman berat bagi orang yang mengalungkan tali busur panah dengan maksud dan tujuan diatas.



8-Besarnya pahala bagi orang yang memutus tamimah dari tubuh seseorang.



9-Kata-kata Ibrahim An Nakhoi tersebut di atas, tidaklah bertentangan dengan perbezaan pendapat yang telah disebutkan, sebab yang dimaksud Ibrahim di sini adalah sahabat sahabat Abdullah bin mas'ud[26].



_____________________________________



Catatan Kaki:



[24] Tamimah dari ayat Al Qur'an dan Al Hadis lebih baik ditinggalkan, kerana tidak ada dasarnya dari syara' ; bahkan hadis yang melarangnya bersifat umum, tidak seperti halnya ruqyah, ada hadis lain yang membolehkan. Di samping itu apabila dibiarkan atau diperbolehkan akan membuka peluang untuk menggunakan tamimah yang haram.



[25] Ruqyah : penyembuhan suatu penyakit dengan pembacaan ayat ayat suci Al Qur'an, atau doa doa.



[26] Sahabat Abdullah bin Mas'ud antara lain : Alqomah, Al Aswad, Abu Wail, Al Harits bin Suwaid, 'Ubaidah As Salmani, Masruq, Ar Rabi' bin Khaitsam, Suwaid bin ghoflah. Mereka ini adalah tokoh generasi tabiin.


Tauhid Dan Syahadat "La Ilaha Illallah

Penjelasan Tentang Makna Tauhid Dan Syahadat "La Ilaha Illallah"             
  


Firman Allah s.w.t.:



            “Orang orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada tuhan mereka, siapa diantara mereka yang lebih dekat (kepada Allah), dan mereka mengharapkan rahmatNya serta takut akan siksaNya; sesungguhnya siksa Tuhanmu adalah sesuatu yang (harus) ditakuti.” (QS. Al Isra', 57)



            “Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapa dan kaumnya: sesungguhnya aku membebaskan diri dari apa yang kalian sembah, kecuali (Allah) Dzat yang telah menciptakan aku, kerana hanya Dia yang akan menunjukkan (kepada jalan kebenaran).” (QS. Az zukhruf, 26-27).



            “Mereka menjadikan orang-orang alim dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah, dan (mereka mempertaruhkan pula) Al Masih putera Maryam; padahal mereka itu tiada lain hanyalah diperintahkan untuk beribadah kepada satu sembahan, tiada sembahan yang haq selain Dia. Maha suci Allah dari perbuatan syirik mereka.” (QS. Al Taubah, 31).



            “Diantara sebahagian manusia ada yang menjadikan tuhan-tuhan tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman lebih besar cintanya kepada Allah.” (QS. Al Baqarah, 165).



            Diriwayatkan dalam Shoheh Muslim, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Barang siapa yang mengucapkan “la Ilaha Illallah”, dan mengingkari sesembahan selain Allah, maka haramlah harta dan darahnya, adapun perhitungannya adalah terserah kepada Allah".



            Keterangan tentang bab ini akan dipaparkan pada bab-bab berikutnya.



            Adapun kandungan bab ini menyangkut masalah yang paling besar dan paling mendasar, iaitu pembahasan tentang makna tauhid dan syahadat.



            Masalah tersebut telah diterangkan oleh bab ini dengan beberapa hal yang cukup jelas, antara lain:



            1-Ayat dalam surah Al Isra'. Diterangkan dalam ayat ini sanggahan terhadap orang-orang musyrik, yang memohon kepada orang-orang yang soleh, oleh kerana itu, ayat ini mengandungi suatu penjelasan bahawa perbuatan mereka itu adalah syirik besar[18].



            2-Ayat dalam surah At taubah. Diterangkan dalam ayat ini bahawa orang-orang ahli kitab telah menjadikan orang-orang alim dan pendeta pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah, dan dijelaskan pula bahawa mereka hanya diperintahkan untuk menyembah kepada satu sesembahan, dan menurut penafsiran yang sebenarnya mereka itu hanya diperintahkan untuk taat kepadanya dalam hal-hal yang tidak bermaksiat kepada Allah, dan tidak berdoa kepadanya.



            3-Kata-kata Nabi Ibrahim a.s. kepada orang-orang kafir: "sesungguhnya saya berlepas diri dari apa yang kalian sembah, kecuali (saya hanya menyembah) Dzat yang menciptakanku".



            Di sini beliau mengecualikan Allah dari segala sesembahan.



            Pembebasan (dari segala sembahan yang batil) dan pernyataan setia (kepada sembahan yang haq, iaitu: Allah) adalah makna yang sebenarnya dari syahadat “la Ilaha Illallah”.



            Allah s.w.t. berfirman:



            “Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimat syahadat ini kalimat yang kekal pada keturunannya, agar mereka ini kembali (kepada jalan yang benar).” (QS. Az Zukhruf, 28)



            4-Ayat dalam surah Al Baqarah yang berkenaan dengan orang-orang kafir, yang dikatakan oleh Allah dalam firmanNya:



            “Dan mereka tidak akan dapat keluar dari neraka.”



            Disebutkan dalam ayat tersebut, bahawa mereka menyembah tandingan tandingan selain Allah, iaitu dengan mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai kecintaan yang besar kepada Allah, meskipun demikian kecintaan mereka ini belum boleh memasukkan mereka kedalam agama Islam[19].



            Lalu bagaimana dengan mereka yang cintanya kepada sesembahan selain Allah itu lebih besar dari cintanya kepada Allah?



            Lalu bagaimana lagi orang-orang yang cuma hanya mencintai sesembahan selain Allah, dan tidak mencintai Allah?



            5-Sabda Rasulullah s.a.w.:



            "Barang siapa yang mengucapkan “la Ilaha Illallah”, dan mengingkari sesembahan selain Allah, maka haram darah dan hartanya, sedangkan perhitungannya kembali kepada Allah".



            Ini adalah termasuk hal yang penting sekali yang menjelaskan pengertian “la Ilaha Illallah”. Sebab apa yang dijadikan Rasulullah sebagai pelindung darah dan harta bukanlah sekadar mengucapkan kalimat itu dengan lisan atau memahami erti dan lafadznya, atau mengetahui akan kebenarannya, bahkan bukan pula kerana tidak meminta kecuali kepada Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya, akan tetapi harus disertai dengan tidak adanya penyembahan kecuai hanya kepadaNya.



            Jika dia masih ragu atau bimbang, maka belumlah haram dan terlindung harta dan darahnya.



            Betapa besar dan pentingnya penjelasan makna “la Ilaha Illallah” yang termuat dalam hadis ini, dan betapa jelasnya keterangan yang dikemukakannya, dan kuatnya argumentasi yang diajukan bagi orang-orang yang menentangnya.



_____________________________________



Catatan Kaki:



[18] Dapat diambil kesimpulan dari ayat dalam surat Al Isra' tersebut bahawa makna tauhid dan syahadat "La Ilaha Illallah" iaitu : meninggalkan apa yang dilakukan oleh orang orang musyrik, seperti menyeru (memohon) kepada orang orang soleh dan meminta syafaat mereka.



[19] Dari ayat dalam surat Al baqoroh tersebut diambil kesimpulan bahawa penjelasan makna tauhid dan syahadat "La Ilaha Illallah" iaitu : pemurnian kepada Allah yang diiringi dengan rasa rendah diri dan penghambaan hanya kepadaNya.


Wasillah

Larangan Menjadikan Allah Sebagai Perantara Kepada Makhluknya
             
  


Diriwayatkan dari Jubair bin Mut'im r.a. bahawa ada seorang badui datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan mengatakan: "Ya Rasulullah, orang orang pada kehabisan tenaga, anak isteri kelaparan, dan harta benda pada musnah, maka mintalah siraman hujan untuk kami kapada Rabbmu, sungguh kami menjadikan Allah sebagai perantara kepadamu, dan kami menjadikanmu sebagai peranatara kepada Allah". Maka Nabi bersabda:



            "Maha suci Allah, maha suci Allah" - beliau masih terus bertasbih sampai nampak pada wajah para sahabat (perasaan takut kerana kamaranhan beliau), kemudian beliau bersabda: " Kasihanilah dirimu, tahukah kalian siapa Allah itu? sungguh kedudukan Allah s.w.t. itu jauh lebih Agung dari pada yang demikian itu, sesungguhnya tidak dibenarkan Allah dijadikan sebagai perantara kepada siapapun dari makhlukNya." (HR. Abu Daud).





Kandungan bab ini:



1-Rasulullah s.a.w. mengingkari seseorang yang mengatakan: "Kami menjadikan Allah sebagai perantara kepadamu."



2-Rasulullah s.a.w. marah sekali ketika mendengar ucapan ini, dan bertasbih berkali kali, sehingga para sahabat merasa takut.



3-Rasulullah s.a.w. tidak mengingkari ucapan badui "kami menjadikanmu sebagai perantara kepada Allah".



4-Penjelasan tentang makna sabda Rasul "Subhanallah" [yang ertinya: Maha Suci Allah].



5-Kaum muslimin menjadikan Rasulullah sebagai perantara [pada masa hidupnya] untuk memohon [kepada Allah s.w.t.] siraman hujan.


Sabar Terhadap Takdir Allah

Sabar Terhadap Takdir Allah Adalah Bahagian Dari Iman Kepadanya
             
  


Allah s.w.t. berfirman:



            “Tiada suatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barang siapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. At Taghobun 11)



            'Alqomah[84] menafsirkan Iman yang disebutkan dalam ayat ini dengan mengatakan:



            "Iaitu: orang yang ketika ditimpa musibah, ia meyakini bahawa itu semua dari Allah, maka ia pun ridla dan pasrah (atas takdirNya).



            Diriwayatkan dalam sahih Muslim dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Ada dua perkara yang masih dilakukan oleh manusia, yang kedua duanya merupakan bentuk kekufuran: mencela keturunan, dan meratapi orang mati".



            Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan hadis marfu', dari Ibnu Mas'ud r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Tidak termasuk golongan kami orang yang memukul mukul pipi, merobek-robek pakaian, dan menyeru dengan seruan orang-orang jahiliyah".



            Diriwayatkan dari Anas r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hambanya, maka Ia percepat hukuman baginya di dunia, dan apabila Ia menghendaki keburukan pada seorang hambanya, maka Ia tangguhkan dosanya sampai ia penuhi balasannya nanti pada hari kiamat."(HR. Tirmidzi dan Al Hakim)



            Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:



            "Sesungguhnya besarnya balasan itu sesuai dengan besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah s.w.t. jika mencintai suatu kaum, maka Ia akan mengujinya, barang siapa yang ridla akan ujian itu maka baginya keridloan Allah, dan barang siapa yang marah / benci terhadap ujian tersebut, maka baginya kemurkaan Allah" (Hadis hasan menurut Imam Turmudzi).





Kandungan dalam bab ini:



1-Penjelasan tentang ayat dalam surah At Taghobun[85].



2-Sabar terhadap cubaan termasuk iman kepada Allah s.w.t..



3-Disebutkan tentang hukum mencela keturunan.



4-Ancaman keras bagi orang yang memukul-mukul pipi, merobek robek baju, dan menyeru kepada seruan jahiliah [kerana meratapi orang mati].



5-Tanda apabila Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya.



6-Tanda apabila Allah menghendaki keburukan kepada hambaNya.



7-Tanda kecintaan Allah kepada hambaNya.



8-Dilarang bersikap marah dan tidak sabar atas cubaan ketika diuji oleh Allah s.w.t..



9-Pahala bagi orang yang ridla atas ujian dan cubaan.



_____________________________________



Catatan Kaki:



[84] 'Al Qomah bin Qais bin Abdullah bin Malik An Nakhai, salah seorang tokoh dari ulama tabiin, dilahirkan pada masa hidup Nabi r dan meninggal tahun 62 H (681 M).



[85] Ayat ini menunjukkan tentang keutamaan sabar atas segala takdir Allah yang pahit, seperti musibah ; dan menunjukkan bahawa amal termasuk dalam pengertian iman.


Larangan sumpah

Larangan Bersumpah Mendahului Allah
             
  


Jundub bin Abdullah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Ada seorang laki-laki berkata: "Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si fulan, maka Allah s.w.t. berfirman: "siapa yang bersumpah mendahuluiKu, bahawa aku tidak mengampuni sifulan? sungguh Aku telah mengampuniNya dan Aku telah menghapuskan amalmu" (HR. Muslim).



            Dan disebutkan dalam hadis riwayat Abi Hurairah r.a. bahawa orang yang bersumpah demikian itu adalah orang yang ahli ibadah. Abu Hurairah berkata: "Ia telah mengucapkan suatu ucapan yang menghancurkan dunia dan akhiratnya." (HR. Ahmad dan Abu Dawud)





Kandungan bab ini:



1-Peringatan untuk tidak bersumpah mendahului Allah.



2-Hadis di atas menunjukkan bahawa neraka itu lebih dekat kepada seseorang dari pada tali sendal jepitnya.



3-Begitu juga syurga.



4-Buktinya adalah apa yang telah dikatakan oleh Abu Hurairah di atas: "Ia telah mengucapkan perkataan yang membinasakan dunia dan akhiratNya".



5-Kadang-kadang seseorang mendapatkan ampunan dari Allah disebabkan kerana adanya sesuatu yang ia benci.