Kamis, 28 April 2011

Tathoyyur

Tathoyyur
             
  


Firman Allah s.w.t.:



            “Ketahuilah, sesungguhnya kesialan mereka itu adalah ketetapan dari Allah, akan tetapi mereka tidak mengetahui” (QS. Al A'raf, 131)



            “Mereka (para Rasul) berkata: "kesialan kalian itu adalah kerana kalian sendiri, apakah jika kamu diberi peringatan (kamu bernasib sial)? sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas.” (QS. Yasin, 19).



            Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Tidak ada 'Adwa, Thiyarah, Hamah, Shofar" (HR. Bukhori dan Muslim), dan dalam riwayat Imam Muslim terdapat tambahan: "dan tidak ada Nau', serta ghaul." [68].



            Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan pula dari Anas bin Malik r.a. , ia berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda:



            "Tidak ada 'Adwa dan tidak ada Thiyarah, tetapi Fa'l menyenangkan diriku", para sahabat bertanya: "apakah Fa'l itu?" beliau menjawab: "iaitu kalimah thoyyibah (kata kata yang baik)".



            Abu Daud meriwayatkan dengan sanad yang shahih, dari Uqbah bin Amir, ia berkata: "Thiyarah disebut sebut di hadapan Rasulullah s.a.w., maka beliau pun bersabda:



            "Yang paling baik adalah Fa'l, dan Thiyarah tersebut tidak boleh menggagalkan seorang muslim dari niatnya, apabila salah seorang di antara kamu melihat sesuatu yang tidak diinginkannya, maka hendaknya ia berdo'a: "Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak kejahatan kecuali Engkau, dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali atas pertolonganMu".



            Abu Daud meriwayatkan hadis yang marfu' dari Ibnu Mas'ud r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Thiyarah itu perbuatan syirik, thiyarah itu perbuatan syirik, tidak ada seorang pun dari antara kita kecuali (telah terjadi dalam hatinya sesuatu dari hal ini), hanya saja Allah s.w.t. boleh menghilangkannya dengan tawakkal kepadaNya".(HR.Abu Daud)



Hadis ini diriwayatkan juga oleh At Tirmidzi dan dinyatakan shahih, dan kalimat terakhir ia jadikan sebagai ucapannya Ibnu Mas'ud)



            Imam Ahmad meriwayatkan hadis dari Ibnu Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Barang siapa yang mengurungkan hajatnya kerana thiyarah ini, maka ia telah berbuat kemusyrikan", para sahabat bertanya: "lalu apa yang boleh menebusnya?", Rasulullah s.a.w. menjawab: " hendaknya ia berdoa: "ya Allah, tiada kebaikan kecuali kebaikan dariMu, dan tiada kesialan kecuali kesialan dariMu, dan tiada sesembahan kecuali Engkau".



            Dan dalam riwayat yang lain dari Fadl bin Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda:



            "Sesugguhnya Thiyarah itu adalah yang boleh menjadikan kamu terus melangkah, atau yang boleh mengurungkan niat (dari tujuan kamu)".





Kandungan bab ini:



1-Penjelasan tentang kedua ayat tersebut di atas; surah Al A'raf 131, dan Yasin 19.



2-Pernyataan bahawa tidak ada 'Adwa .



3-Pernyataan bahawa tidak ada thiyarah.



4-Pernyataan bahawa tidak ada hamah.



5-Pernyataan bahawa tidak ada shofar.



6-Al Fa'l tidak termasuk yang dilarang oleh Rasulullah, bahkan dianjurkan.



7-Penjelasan tentang makna Al Fa'l.



8-Apabila terjadi tathoyyur dalam hati seseorang, tetapi dia tidak menginginkannya, maka hal itu tidak apa-apa baginya, bahkan Allah s.w.t. akan menghilangkannya dengan tawakkal kepadaNya.



9-Penjelasan tentang doa yang dibacanya, saat seseorang menjumpai hal tersebut.



10-Ditegaskan bahawa thiyaroh itu termasuk syirik.



11-Penjelasan tentang thiyarah yang tercela dan terlarang.



_____________________________________



Catatan Kaki:



[68] Adwa : penjangkitan atau penularan penyakit. Maksud sabda Nabi di sini ialah untuk menolak anggapan mereka ketika masih hidup di zaman jahiliyah, bahawa penyakit berjangkit atau menular dengan sendirinya, tanpa kehendak dan takdir Allah s.w.t.. Anggapan inilah yang ditolak oleh Rasulullah s.a.w., bukan keberadaan penjangkitan atau penularan; sebab, dalam riwayat lain, setelah hadis ini, disebutkan : "… dan menjauhlah dari orang yang terkena penyakit kusta (lepra) sebagaimana kamu menjauh dari singa." (HR. Bukhori).



Ini menunjukkan bahawa penjangkitan atau penularan penyakit dengan sendirinya tidak ada, tetapi semuanya atas kehendak dan takdir Ilahi, namun sebagai insan muslim di samping iman kepada takdir tersebut haruslah berusaha melakukan tindakan preventif sebelum terjadi penularan sebagaimana usahanya menjauh dari terkaman singa. Inilah hakikat iman kepada takdir Ilahi.



Thiyarah : merasa bernasib sial atau meramal nasib buruk kerana melihat burung, binatang lainnya, atau apa saja.



Hamah : burung hantu. Orang-orang jahiliyah merasa bernasib sial dengan melihatnya, apabila ada burung hantu hinggap di atas rumah salah seorang diantara mereka, dia merasa bahawa burung ini membawa berita kematian tentang dirinya sendiri, atau salah satu anggota keluarganya. Dan maksud beliau adalah untuk menolak anggapan yang tidak benar ini. Bagi seorang muslim, anggapan seperti ini harus tidak ada, semua adalah dari Allah dan sudah ditentukan olehNya.



Shafar : bulan kedua dalam tahun hijriyah, iaitu bulan sesudah Muharram. Orang-orang jahiliyah beranggapan bahawa bulan ini membawa nasib sial atau tidak menguntungkan. Yang demikian dinyatakan tidak ada oleh Rasulullah. Dan termasuk dalam anggapan seperti ini : merasa bahawa hari rabu mendatangkan sial, dan lain lain. Hal ini termasuk jenis thiyarah, dilarang dalam Islam.



Nau' : bintang; erti asalnya adalah : tenggelam atau terbitnya suatu bintang. Orang-orang jahiliyah menisbatkan turunnya hujan kepada bintang ini, atau bintang itu. Maka Islam datang mengikis anggapan seperti ini, bahawa tidak ada hujan turun kerana suatu bintang tertentu, tetapi semua itu adalah ketentuan dari Allah s.w.t..



Ghaul : hantu (gendruwo), salah satu makhluk jenis jin. Mereka beranggapan bahawa hantu ini dengan perubahan bentuk mahupun warnanya dapat menyesatkan seseorang dan mencelakakannya. Sedang maksud sabda Nabi di sini bukanlah tidak mengakui keberadaan makhluk seperti ini, tetapi menolak anggapan mereka yang tidak baik tersebut yang akibatnya takut kepada selain Allah, serta tidak bertawakkal kepadaNya, inilah yang ditolak oleh beliau ; untuk itu dalam hadis lain beliau bersabda : "Apabila hantu beraksi manakut nakuti kamu, maka serukanlah adzan." Ertinya : tolaklah kejahatannya itu dengan berzikir dan menyebut Allah. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Al Musnad.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar